
Temulawak atau Tumbuhan dengan nama latin Curcuma xanthorrhiza ini adalah adik-beradik kepada kunyit sangat meluas digunakan pada zaman dulu oleh nenek moyang kita. Dikenali juga sebagai javanese ginger/javanese tumeric, temulawak telah digunakan secara meluas dalam rangkaian produk kosmetik kerana mengandungi bahan aktif yang secara semulajadinya
MANFAAT TEMULAWAK UNTUK RAWATAN DAN KECANTIKAN KULIT WAJAH
Temulawak adalah bahan semulajadi yang mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Selalunya temulawak diolah menjadi minuman untuk tingkatkan stamina. Selain untuk kesihatan, temulawak mempunyai banyak manfaat untuk wajah kita :
1. MEMBANTU MENGATASI JERAWAT
Jerawat merupakan permukaan kulit yang meradang disebabkan oleh jangkitan bakteria. Jerawat memang sangat meresahkan kerana selain merasa rasa sakit, ianya juga menjejaskan penampilan kita. Manfaat temulawak untuk wajah yang pertama adalah untuk mengatasi jerawat. Temulawak dipercaya memiliki efek antiinflamasi untuk membantu meredakan peradangan jerawat dan membuat jerawat menjadi lebih cepat kering
2. MENGHALUSKAN WAJAH
Wajah yang kasar umumnya disebabkan oleh wajah yang kering. Wajah yang kasar bukan hanya terlihat kurang menarik, tetapi juga membuat kita lebih sukar untuk memakai make up. Penggunaan temulawak sebagai masker secara rutin dipercaya dapat memelihara kulit sehingga kulit akan menjadi lebih halus dan wajah menjadi lebih segar.
3. KULIT MENJADI LEBIH CERAH
Temulawak memiliki khasiat untuk membantu membuang sel-sel kulit mati di wajah. Antara penyebab kulit menjadi kusam
dan gelap kerana penompokan sel kulit mati di wajah. Exfoliating adalah tindakan pengelupasan sel-sel kulit mati dari permukaan kulit. Exfoliating wajah secara rutin untuk membuang sel kulit mati sangatlah penting untuk mengembalikan kecerahan kulit. Temulawak dapat membantu proses exfoliating tersebut.
4. MENEGANGKAN KULIT
Jika kulit tidak terlihat tegang, maka penampilan seseorang akan terlihat kurang segar dan terlihat lebih tua dari usianya. Menegangkan kulit dapat dilakukan secara semualajdi dengan penggunaan temulawak. Kandungan antioksidan dalam temulawak memiliki fungsi dalam proses membantu menegangkan kulit.
5. MEMUDARKAN TOMPOK HITAM
Bekas jerawat dan penuaan boleh menyebabkan timbulnya tompok hitam di wajah. Jika di biarkan, tompok hitam akan semakin banyak dan akan semakin sukar untuk di hilangkan. Cara memudarkan tompok hitam dapat dilakukan dengan penggunaan temulawak sebagai masker secara rutin.
6. MELEMBABKAN KULIT
Banyak orang yang berpendapat bahwa jenis kulit yang berminyak adalah yang paling bermasalah, tetapi masalah kulit kering juga tidak boleh diambil ringan. Kulit kering lebih mudah terkena jangkitan jika dibandingkan dengan kulit berminyak. Inilah sebab mengapa menjaga kelembapan kulit sangat penting kerana kulit yang lembap dan terhidrasi dengan baik adalah salah satu ciri kulit sihat.
7. MENGECILKAN PORI-PORI
Pori-pori yang besar boleh menjadi masalah yang serius untuk sebahagian orang. Selain sukar untuk ditutupi dengan make up, pori-pori yang besar juga boleh membuat wajah mudah naik jerawat. Temulawak boleh menjadi salah satu solusi untuk masalah tersebut kerana temulawak dapat membantu mengecilkan pori-pori.
Bahan temulawak ini merupakan bahan utama yang berada dalam Xanzwhite Cosmeutical, produk hasil kajian dari SIRIM Berhad. Fungsi utama Temulawak dalam Xanzwhite ini adalah
- Pencerah secara semulajadi tanpa kesan sampingan seperti pengelupasan atau penghakisan pada kulit
- Anti jerawat malahan mengecutkan jerawat jika ada
- Anti-Kanser kerana mengandungi antioksidan yang boleh menghalang kanser
Malahan itu, ianya menjadi "protection" pada kulit melindungi dari sinaran UV dimana sinaran ini merupakan salah satu sebab berlakunya jeragat atau hyperpigmentasi.
Semoga artikel ini bermanfaat. Berhati-hati dalam memilih produk kerana tak semua produk sesuai dengan wajah kita dan ada juga produk yang ada nama namun mengandungi bahan-bahan terlarang. Pilihlah produk berasaskan Kajian dan produk yang telah menjalani pelbagai Lab test bagi menguji keberkesanan dan keselamatan terutamanya.